Pages

Sunday 22 March 2015

Rentan

11.16 malam. Ahad 22 mac 2015.
Sejurus selepas menulis 6 perenggan setelah tidak menjenguk blog ini sekian lama, kemudian semuanya hilang daripada skrin begitu sahaja. Allahuakbar...memangnya dugaan untuk menulis memang begitu agaknya. Mustahil untuk menulis semula ayat-ayat sekejap tadi. Tulis sahaja. itu pesan arwah Cikgu Azizi. Sasterawan yang tidak berkesempatan dinobatkan, tetapi cerpen "Beruk" amat mengesankan pada jiwaku sampai tika ini.
Jadi, lupakan kekecewaan, Lepaskan perkara lalu yang memberi beban pada perasaan. Jangan sesekali menoleh kalau apa yang ada di belakang itu melemahkan. Usah langsung mengizinkan semua kesimpulan yang busuk dan memualkan menjerut diri dalam kegagalan. Mungkin itu cukup untuk menjana perkataan untuk menggantikan 6 perenggan yang ditakdirkan "hilang". Takdir. Aku perlu sebut dan menerimanya. Percayalah, kerana aku sendiri amat yakin dan percaya menyebut dan menerima bukan sama mudah. Ayat pasrah sebenarnya heh he. Pada saat badan menggalas umur 41, begitu agaknya cara menelan geram dan kecewa. Senyum sendiri akhirnya..

Seperti kebiasaannya aku memang mesra dengan puisi. Terasa amat mudah menyampaikan makna dalam pendek dan padatnya kata-kata. 

Rentan

        Rentanku pada semalam yang tersia
menjadikan aku terkesima,
akal,
engkau di mana?
Hati 
engkau ke mana?
benak,
kenapa berbagi dua?

Rentanku pada kelmarin yang luka
melahirkan semula aku
yang tiba-tiba tua.

Tuhan..
Terima kasih.
Engkau ketemukan akalku  dengan kewarasan  dengan kerana manisnya iman
Engkau pulangkan hatiku yang tersasar kerana indahnya iman
Engkau satukan benakku dengan keyakinan kerana hidup perlu rasa bertuhan.

Rozie/22 Mac/12.01am








Sunday 9 March 2014

Dialah...

Dialah dalam buta hurufnya
mengajar perlunya ke sekolah
dialah juga yang memintal batik lusuh...dicelup kapur, memintal kemas
pada sepasang kasut keras di kakiku
dialah yang melawan arus sungai untuk seketul dua ubi kayu
mengalas perut anak-anak yang menunggu di dalam tertak usang
waktu renyai hujan berlagu-lagu...
dialahmenetak dan mengheret kekayu hutan
dan ditegakkan menjadi teduhan
tempat melakar sebahagian kehidupan

siapa lagi kalau bukan dia...
menemankan aku dalam liuk pelita minyak tanah
menghabiskan kerja sekolah..
dialah yang bekalkan jamung untuk terangkan tanah
tempat aku melangkah menuju ke rumah
guru mengaji di hujung padang

dialah...
memotong batang padi menjadi serunai
buat hiburan anak-anak sebelum matahari tenggelam dan...
bunyinya menjadikan aku selalu ingin ke bendang lagi
Dia...
memberi semua yang termampu
dalan ketidakberadaannya
Dengan kasih sayang tanpa suami di sisi

Dialah juga di ketika ini meniti umur tuanya
dengan kerenah dan ragam yangacapkali
amat menduga sabar dan perasaan...
ku khabarkan pada diri dan
ku  pesan pada hati...
SELUSURU PENGORBANAN DAN KESENGSARAANNYA
YANG TELAH MEMUNGKINKAN
AKU BEGINI DAN DI SINI..SAAT INI
Lalu...
Semua rasa yang kelatkerana kerenah tuanya berlalu pergi

Tak terakam semua pengorbanannu...
*HALIJAH BT ABU BAKAR*


Saturday 9 November 2013

PBS


i.
Bertenanglah
Bukan kau saja yang bergelar cikgu
Bukan fikiran kau saja dibelenggu
Bukan jiwa kau saja menggerutu

Berlapang dada lah
Kerisauanmu beerti kerisauan sahabat2 mu
kebingunganmu , kebingungan sahabat2 mu
Memang bertali temali persoalan di benak dan akalmu
Biarkan…kau pasti bukan sendiri mengadap sistem yang satu..
PBS …

ii.
Menjadi kecindan
Walau patah kata terkulum
Menjadi hingar walau dalam sunyi mengulit mimpi
Menjadi hanyir walau dalam jernih jujur yang mengalir
Membusukkah penghujungnya..
Mekarkah pucuk melebar dedaun nan meneduh
Menunggu saja...
Menanti saja...
Bukankah pasrah itu kita diajari

Friday 1 February 2013

Wau Bulan



 Cari Buluh dulu..

Raut Buluh yang dibelah...

 Buat rangka wau..

 Ukir dan potong corak yang diinginkan..

 Balut rangka dengan kertas kilat..
 Tampal corak pada kertas kilat tadi...

 Tampal Kertas kilat hijau..tapi sebelum tu...
pilih kertas warna lutsinar dari belakang kertas hijau..so siap..

Cormmercial Break !!!

Our First Event as a beginner rider.. hah ha..Me and my Lovely Hubby

Jalinan Sentuh

Jalinan sentuh pada daun dipindahkan ke atas permukaan kertas dengan teknik gosokan. Teknik capan pun dah ada tp belum snap lagi. Upload kemudian :)  Simple..tp kalau tak usaha tak jadi :)

Aplikasi Jenis2 Garisan

Terdapat banyak jenis garisan. Kalau saja2 nak lukis garisan tentu agak membosankan, jadi dengan melengkapkan suatu hasil karya begini, tentu membuatkan pelajar ligat berfikir dan mengolah pelbagai jenis garisan untuk mendapatkan hasil karya yang menarik.
 Siap : 2 Januari 2013